Memek ABG

24 Sep 2011

Pengakuan Berani Seorang Anak Bercinta Dengan Bapak Sendiri..!! (Kisah Nyata)



Huhh!!! Tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita!! Amin

Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara2 yg tak baik.

Astaghfirullahal' azim,,,,,

Mampukah kita menolong mereka?

Wal'iyazubillah min zalik.

Sama2lah kita praktikkan apa yang islam suruh baik dalam semua segi,,,,

Ayahku kekasihku

Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD
HADINATA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli
perniagaan berusia 43 tahun.

KUALA LUMPUR: Kes 'haruan makan anak' bukan lagi sesuatu yang
mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta
dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang
berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak
empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

"SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun
dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu.


Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya
diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.
Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk
dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah
tinggal di Kuala Lumpur.
Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak
pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak
lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan
kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini
kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana 'auntie' (kekasih),
ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.


Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin
ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu
jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya
tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan
saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana
menurut nenek, rupa saya 'sebiji' (sama) dengan ibu.
Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan
lima.
Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika
di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50
kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan
saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji
bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya
kerana ada saja yang tidak kena baginya.
Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang 'pakar psikologi'. Dia
pandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga
ada ramai kekasih.


Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin
bercinta kepada pelajar yang tekun.

Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik
untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa
hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan
cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,
sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai
pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia
menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya
saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman
saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk
saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan
hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas
dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan
kepada saya dalam bahasa puitis.
Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat
ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan
ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah
melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan
kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap
berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam di
rumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal
bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal
menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika
itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating
dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah
memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya
anak tunggal.


Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan
perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,
kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki
hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,
tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman
lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini
disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak
mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu
agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal
dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak
sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan
cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya
bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan
terkutuk dengan ayah.
Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin
menjadi anak, bukan kekasih ayah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar